SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas dan telah berkeluarga atau mempunyai tanggungan ;
- Pendapatan seisi keluarga kurang dari RM3,000.00 ;
- Pemohon dan suami/isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor; dan
- Pemohon dan suami/isteri tidak memiliki tanah atau rumah dalam daerah atau mukim yang sama di mana PPR tersebut dibina.
- Penyewa-penyewa tidak dibenarkan memberi sewaan unit PPR kepada orang lain (sewa atas sewa). Jika ini berlaku maka unit PPR tersebut akan ditarik balik dan sewaan dibatalkan serta merta.
- Tempoh penyewaan di PPR ialah selama 2 tahun dan hanya akan dilanjutkan sekiranya penyewa mempunyai rekod pembayaran yang baik, masih belum memiliki rumah kekal dan penyewa atau ahli keluarga tiada rekod jenayah.
DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan beserta (sijil kelahiran suami isteri)
- Salinan surat nikah / surat pendaftran perkahwinan / surat cerai
- Salinan sijil kelahiran anak/anak-anak
- Salinan penyata pendapatan terkini pemohon dan pasangan(Jika tiada penyata pendapatan, sila lampirkan pengesahan pendapatan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah)
- Surat pengesahan dari majikan (pemohon & pasangan)
- Bil elektrik & Bil air terkini kediaman sekarang
- Surat pengesahan doktor(sekiranya berkenaan)
Perhatian!
Sila hantar borang permohonan yang telah lengkap ke Pejabat yang berkaitan dengan permohonan rumah anda.