03-5524-0233 | 03-5524 0253
support@phssb.com

Syarat – syarat kelayakan permohonan PPR Kota Damansara

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas dan telah berkeluarga atau mempunyai tanggungan ;
  3. Pendapatan seisi keluarga kurang dari RM2,000.00 ;
  4. Pemohon dan suami/isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor; dan
  5. Pemohon dan suami/isteri tidak memiliki tanah atau rumah dalam daerah atau mukim yang sama di mana PPR tersebut dibina.
  6. Penyewa-penyewa tidak dibenarkan memberi sewaan unit PPR kepada orang lain (sewa atas sewa). Jika ini berlaku maka unit PPR tersebut akan ditarik balik dan sewaan dibatalkan serta merta.
  7. Tempoh penyewaan di PPR ialah selama 2 tahun dan hanya akan dilanjutkan sekiranya penyewa mempunyai rekod pembayaran yang baik, masih belum memiliki rumah kekal dan penyewa atau ahli keluarga tiada rekod jenayah.

DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan surat nikah / surat pendaftran perkahwinan / surat cerai
  3. Salinan sijil kelahiran anak/anak-anak
  4. Salinan penyata pendapatan terkini pemohon dan pasangan(Jika tiada penyata pendapatan, sila lampirkan pengesahan pendapatan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah)
  5. Surat pengesahan dari majikan (pemohon & pasangan)
  6. Bil elektrik & Bil air terkini kediaman sekarang
  7. Surat pengesahan doktor(sekiranya berkenaan)
  8. Salinan penyata KWSP

Perhatian!

Sila hantar borang permohonan yang telah lengkap ke Pejabat yang berkaitan dengan permohonan rumah anda.