03-5524-0233 | 03-5524 0253
support@phssb.com

Syarat – syarat kelayakan permohonan PPR Serendah

Syarat kelayakan pemohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas;
  2. Lahir dan menetap di Negeri Selangor atau telah tinggal tetap di Negeri Selangor tidak
  3. kurang dari dua (2) tahun (Keutamaan Rakyat Negeri Selangor)
  4. Tidak mempuanyai rumah sendiri/sewa di Negeri Selangor (Keutamaan Berkeluarga)
  5. Pemohon dan suami/isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor
  6. Penyewa-penyewa tidak dibenarkan memberi sewaan unit rumah kepada orang lain (sewa atas sewa). Jika ini berlaku maka unit tersebut akan ditarik balik dan sewaan dibatalkan serta merta.
  7. Tempoh penyewaan di PPR Serendah ialah selama 1 tahun dan hanya akan dilanjutkan sekiranya penyewa mempunyai rekod pembayaran yang baik, masih belum memiliki rumah kekal dan penyewa atau ahli keluarga tiada rekod jenayah.

DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN

  1. Salinan tawaran unit asal daripada pihak pemaju perumahan.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  3. Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai.
  4. Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) anak.
  5. Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak).
  6. Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah.
  7. Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan.
  8. Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan.
  9. Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang.

Perhatian!

Sila hantar borang permohonan yang telah lengkap ke Pejabat yang berkaitan dengan permohonan rumah anda.