Wawancara Degan Dato’ Dr. Juhari Ahmad Pengarah Exsekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) Sempena Program Penyerahan Kupon Bingkisan Mesra Selangor di PPRT Kg. Baru Hicom S. Alam Selangor. 6hb Mac 2021 (Sabtu)
Penduduk di empat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor akan menerima kupon pasar raya bernilai RM50 hingga RM100 yang diagihkan secara berperingkat bermula hujung Februari sehingga Julai depan. Pemberian kupon bertujuan agar penerima dapat membeli keperluan lain selain makanan. Sementara itu, 3,004 penduduk PPR Lembah Subang 1 juga akan menerima manfaat bakul makanan bernilai RM50 secara ‘one-off’.
JOHOR BAHRU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengkaji untuk menyenarai hitam penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas dan gagal membayar sewaan dalam tempoh yang lama, menerusi Agensi Pelaporan Kredit (CRA).
Menterinya, Zuraidah Kamaruddin, berkata langkah itu akan dikuatkuasakan menerusi Akta 757 yang akan diperincikan dalam tempoh tiga bulan lagi.
“Sebenarnya Akta 757 ini sudah diluluskan kerajaan sejak 2015 lagi namun belum dikuatkuasakan kerana perbadanan pengurusan penduduk masih tidak mahir menggunakan undang-undang ini.
“Kementerian akan mempermudahkan Akta Pengurusan Strata (Akta 757) bagi membolehkan ia difahami perbadanan pengurusan penduduk sebelum mengeluarkan perincian mudah undang-undang ini dalam tempoh tiga bulan.
“Dalam masa yang sama, kita juga akan mengkaji sama ada terdapat keperluan memasukkan perincian menyenarai hitam penyewa PPR yang culas dan mempunyai tunggakan terlalu besar menerusi CRA termasuk CTOS.
“Jika ada keperluan, kita akan masukkan perincian penyewa culas dengan tunggakan tinggi (membabitkan sewa sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan ke dalam edisi Akta 757 yang dipermudahkan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (PSMK) di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, Tebrau, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang yang juga EXCO Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Oktober lalu, media melaporkan tunggakan bayaran sewa membabitkan Projek Perumahan Awam (PPA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negara ini kini mencecah RM58 juta.
Kerajaan meluluskan Akta 757 itu berkuat kuasa pada 2015 bagi menggantikan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318).
Akta Pengurusan Strata (Akta 757) adalah undang-undang yang diperuntukkan untuk mengawal selia penyelenggaraan dan pengurusan bangunan bertingkat atau tanah yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hak milik strata, bermula dari peringkat penyerahan milikan kosong sehingga ke peringkat selepas perbadanan pengurusan diwujudkan.
Sementara itu, Zuraida berkata, sebanyak 19 PSMK sudah diwujudkan di PPR seluruh negara.
Katanya, penubuhan PSMK adalah inisiatif kementerian di bawah pelaksanaan Dasar Komuniti Negara yang dilancarkan 17 Februari tahun lalu.
“PSMK ini berfungsi sebagai pemudah cara dan penjalin hubungan antara komuniti dan agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
“Menerusi PSMK ini juga pegawai kementerian akan ditempatkan di situ sepenuh masa bagi membolehkan anggota komuniti PPR menyuarakan masalah dihadapi serta mencadangkan program yang ingin dilaksanakan, ” katanya.
Oleh Mohamed Farid Noh
SHAH ALAM, 9 APRIL: Selangor hari ini mengumumkan pengecualian bayaran sewa selama sebulan membabitkan empat Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliannya.
PPR terbabit ialah PPR Kampung Baru Hicom, PPR Kota Damansara, PPR Serendah dan Council Homes Bandar Baru Bangi membabitkan 2,632 unit penyewa.
EXCO Perumahan Haniza Mohamed Talha berkata PPR tersebut turut diberi penangguhan sewa selama dua bulan pada Mei dan Jun bagi meringankan beban mereka yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Berdasarkan aduan diterima, terdapat penyewa tidak mampu membayar sewa bulanan atas beberapa sebab seperti pemotongan gaji oleh majikan, tidak dapat keluar berniaga dan hilang mata pencarian.
“Justeru, Kerajaan Negeri berharap perkara yang diputuskan ini sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ditanggung oleh semua penyewa,” katanya dalam kenyataan.
Pada masa sama, beliau turut menyeru rakyat mematuhi arahan PKP untuk memastikan kehidupan kembali seperti sedia kala.
Pada 21 Mac lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan pengecualian bayaran sewa sebulan membabitkan 9,185 unit rumah PPR.
PPR terbabit ialah PPR Sentul Murni, Rumah Transit Bukit Jalil, PPR Lembah Subang 1, PPR Lembah Subang 2, PPR Kampung Hassan Hulu Selangor dan PPR Ladang Siliau Port Dickson.
Turut tersenarai, PPR Tok Suboh, PPR Amanjaya, PPR Kota Setar, PPR Sinar Intan 3, PPR Gua Musang dan PPR Kota Bahru.
Oleh: Afeeqa Afeera Abdul Rasol
SELANGORKINI
MAKLUMAN
Berikutan penularan wabak Covid-19, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan bahawa pembayaran sewa bagi PPR dan Council Homes (Bandar Baru Bangi) di bawah Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:
1. PENGECUALIAN bayaran sewa satu (1) bulan bagi bulan APRIL 2020;
2. PENANGGUHAN bayaran sewa selama dua (2) bulan bagi bulan MEI DAN JUN 2020 (sewa tertangguh boleh dibayar secara ansuran dalam tempoh 18 bulan bermula Julai 2020). Walaubagaimanapun, sekiranya penyewa mahu menjelaskan sewa seperti biasa adalah dibolehkan dan digalakkan pembayaran secara atas talian(“online banking”) ke akaun PHSSB.
SEBARANG PERTANYAAN:
Email : support@phssb.com
MAKLUMAN
Dato’ Menteri Besar Selangor telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Covid-19 kepada golongan yang terkesan. Salah satu insentif yang diperkenalkan adalah;
Penangguhan pembayaran sewa selama 3 bulan bagi penyewa Skim Smart Sewa.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas tuan/puan boleh hubungi kami di talian seperti di bawah.
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI:
Pn Fatehah – 017-9387537 Cik Rosha – 011-64244887
Cik Ros – 017-4163990 En. Shafawi – 011-1302 0487
En Afizie – 019-4406828
@ email ke smartsewa@phssb.com
SHAH ALAM, 11 MEI: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM50 juta menerusi pembiayaan Skim Smart Sewa bagi membolehkan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman Rumah Selangorku.
Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, peruntukan dana berkenaan diwujudkan selepas menyedari bilangan penolakan tawaran Rumah Selangorku, khususnya pemohon yang gagal mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan ekoran tidak memenuhi syarat ditetapkan.
Katanya, hampir 50,000 tawaran perumahan mampu milik itu diluluskan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sehingga Mac lalu.
“Namun, kira-kira 35 peratus pemohon Rumah Selangorku berdepan masalah pembiayaan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan, disebabkan pelbagai isu seperti tunggakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kad kredit.
“Disebabkan masalah ini dan kos sara hidup semakin meningkat, permintaan terhadap rumah mampu milik sentiasa didengari daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Dasar Perumahan Mampu Milik Negara yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, di Elmina Community Park di sini, hari ini.
Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua berkata, kelompok berkenaan tidak harus ketinggalan untuk mendapatkan kediaman memandangkan mereka adalah kumpulan sasar bagi perumahan mampu milik yang dibangunkan Kerajaan Negeri.
“Melalui skim ini, sebanyak 341 unit rumah disewakan dengan kadar sewaan bermula daripada RM450 sebulan sehingga RM700 sebulan.
“Sebanyak 101 unit sudah disiapkan pada awal tahun ini dan bakal disewakan dalam masa terdekat, manakala sebanyak 541 unit dijangka dapat disiapkan pada pertengahan tahun ini hingga awal tahun hadapan,” katanya.
Pada masa sama, beliau mempelawa pemaju swasta seperti Sime Darby Property untuk bersama Kerajaan Negeri menjayakan insentif perumahan mampu milik yang lebih berkualiti dan dilengkapi kemudahan mencukupi
“Rumah Lestari D3 Sime Darby Property dengan Harmoni Elmina 1 yang dilancarkan di Elmina West adalah bukti komitmen dan usaha inovatif syarikat itu dalam menyampaikan perumahan berkanun yang lebih baik di Selangor.
“Pemaju hartanah perlu menjadikan projek ini sebagai tanda aras baharu dalam pembangunan perumahan mampu milik dan inspirasi untuk merangka lebih banyak kaedah pembangunan serta reka bentuk perumahan bagi menjana industri pembangunan hartanah yang lebih progresif,” katanya.
OLEH ZAREEF MUZAMMIL
Foto Sumber – BERNAMA
Model Skim Smart Sewa akan dicadangkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam membendung permasalahan pembayaran sewa rumah PPR. 70 keluarga menerima manfaat Skim Smart Sewa di Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Skim Smart Sewa Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.